P.Belimbing

Penyu Belimbing || Leatherback Turtle || Dermochelys Coriace

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak https://chiefessays.net/ bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor.
P.Agar

Penyu Agar || Green Turtle || Chelonia Mydas

Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair.
P.Karah

Penyu Karah || Sisik Hawksbill Turtle || Eretmochelys Imbricata

Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat dan bersaiz sederhana.Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang.
P.Lipas

Penyu Lipas || Olive Ridley Turtle || Lepidochelys Olivecia

Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Warna badannya best college paper writing service adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput.