"Mengurus, melindungi dan meningkatkan populasi penyu di negeri Pahang"

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Cherating berperanan sebagai chiefessays.net tempat perlindungan, pemuliharaan, penetasan, penyebaran maklumat, pembelajaran dan penyelidikan mengenai penyu. Kawasan ini dibina pada tahun 1997 dengan keluasan 0.33 hektar dan terletak di Cherating, Pahang. Kira-kira 20 tahun yang lalu, pusat ini telah mula dibuka dan beroperasi kepada awam pada bulan Jun 1998. Hasil permintaan orang awam, pusat ini menjalankan pelbagai bentuk aktiviti CSR dan kami juga menerima sumbangan dari segi kewangan, sumbangan peralatan dan sukarelawan untuk kebaikan pusat perliharaan penyu ini. Salah satu contoh aktiviti CSR yang diadakan ialah membersikan kolam penyu, kawasan sekeliling dan membina website ini. Website ini telah bestessayes.com dibina hasil kerjasama bersama Integriti Padu Sdn. Bhd. Selain itu, kami juga berada di bawah pantauan Jabatan Perikanan Malaysia.


 
logo_Jabatan_Perikanan
 
iplogo 2
 

Objektif

 

  • Melindungi penyu daripada sebarang ancaman kepupusan

  • Mengadakan program penetasan, pemuliharaan dan penyelidikan penyu di Pahang

  • Menyediakan maklumat dan aktiviti kesedaran kepada masyarakat awam

  • Menjadikan tempat tarikan pelancong yang terkemuka di negeri Pahang

 

Program

 

  • Program penetasan penyu

  • Program pelepasan anak penyu

  • Program penghayatan penyu

  • Program perkhemahan

  • Program penyelidikan bersama pusat penyelidikan jabatan